//

Sikap Ar-Rabithah Al-’Alawiyyah

Sikap Ar-Rabithah Al-’Alawiyyah



Dan kami menegaskan kepada kalian berhubung urusan ar-Rabithah al-’Alawiyyah agar tetap kukuh dan istiqamah atas segala kaedah, peraturan dan susunan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusnya yang terdahulu yang berjalan atas thoriqah (perjalanan) Ahlus Sunnah wal Jama`ah, mengikut mazhab yang empat lagi Asyaa`irah serta bertasawwuf. Keluarga Abi ‘Alawi (Ba ‘Alawi) adalah satu bahagian yang tidak terpisah daripada golongan terbanyak umat ini (as-sawadul a’dhzam) yaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Mereka dalam i’tiqad kepercayaan berpegang kepada manhaj al-’Asyaa`irah, dalam furu’ fiqh berpegang dengan mazhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i al-Mutholibi serta menjalani manhaj tasawwuf yang suci dan jauh dari segala bid`ah dan penyelewengan. Maka jaga-jaga jangan sampai mengubah sesuatu dari apa yang telah mereka asaskan atau menyimpang dari jalan dan kaedah mereka atau menggantikannya dengan manhaj selain manhaj mereka, walau bagaimana pun rupa bentuknya. Maka thoriqah (perjalanan) mereka adalah (sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Haddad):-



Untaian mata rantai mereka yang sanadnya
Kepada Junjungan Nabi terpuji lagi pemuji termulia
Thoriqah petunjuk yang telah diambilkan dia
Dari sir orang-orang mulia
Para khalifah orang-orang mulia sebelumnya
Ayah mengambil daripada ayahandanya
Dan demikianlah berlanjut keadaannya
Alangkah mulianya segala ayahanda
Serta anak keturunan mereka..

Surat tersebut telah ditandatangani oleh;

 
Habib ‘Abdullah BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
Habib Saalim asy-Syaathiri, Mudir Ribath Tarim;
Habib Zain BinSumaith, Pimpinan ribath di Madinah;
Habib ‘Ali al-Masyhur BinHafidz, Ketua Majlis Fatwa Tarim;
Habib Muhsin al-Muhdhaar, Pemuka Ba ‘Alawi Shan`a;
Habib Hasan al-Haddad, Munshib Maqam Imam al-Haddad;
Habib ‘Aidrus al-Kaaf, Mudir Kuliah Syariah al-Ahqaaf;
Habib ‘Ali BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
Habib ‘Aidrus BinSumaith, Pemuka Ba ‘Alawi Tarim;
Habib ‘Umar BinHafidz, Pimpinan Darul Musthofa Tarim;
Habib Muhammad bin Muhsin bin ‘Ali al-Haamid;
Habib Hasan bin Ahmad, Munshib Syaikh Abu Bakar;
Habib Haamid Ba ‘Alawi, Imam Masjid Ba ‘Alawi Tarim;
Habib Husain ‘Aidiid, Imam Masjid Mawlal ‘Aidiid Tarim;
Habib Syaikh bin ‘Abdullah al-Habsyi;
Habib Sholeh al-Haamid, Munshib al-Haamid;
Habib ‘Abdur Rahman al-Habsyi, Munshib Maqam al-Habsyi;
Habib Husain BalFaqih, Munsib BalFaqih;
Habib Hasan BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
Habib Haamid BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
Habib ‘Abdullah al-’Aththas, Munshib al-’Aththas;
Habib Muhammad al-’Aidrus, Imam Masjid as-Saqqaf;
Habib Muhammad as-Saqqaf, Imam Masjid ‘Ali as-Saqqaf;
Habib Ahmad al-Habsyi, cucu Imam Ali al-Habsyi;
Habib Haasyim al-Habsyi ar-Rausy, Ketua Ulama Hadhramaut & Munshib ar-Rausy.


2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Sikap Ar-Rabithah Al-’Alawiyyah"

  1. terimakasih banyak, postingannya sangat menginspirasi sekali, saya akan berkunjung lagi lain hari

    ReplyDelete

Silahkan komentar yg positip